Thursday, 15 October 2015

Rumah Sewa

Cari punya cari, tengokla iklan kat www.ibilik.my ada rumah @ bilik sewa di Taman Pekaka, Nibong Tebal. Tengok iklan agak baru jugak. Sewa sorang RM100 ja. Call la no yang tertera. Dn petang tu jugak p tengok rumah dengan Eni. Eni ni kawan UniMAP jugak di School Kimia.

Pemandangan dari dalam rumah

Lepas tengok tu, nampak gaya dekat dengan USM, tak sampai 5 minit pun drive ke USM. N hujung bulan lepas juga kami masuk pindah.

Oathtaking Ceremony for new student

Majlis angkat sumpah bagi Postgraduate students USM telah berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra. Rupa-rupanya Cancelor USM adalah Raja Perlis. Tak lari manalah Perlis dengan diriku. Majlis mula nak dekat pukul 11 pagi. Huh punyalah datang awal meredah jem pukul 8 pagi ingat majlis start pukul 9. Habis sekejap je pukul 12 lebih. Tu VC tengah berucap.

Hias cubicle

Inilah gambar 'cubicle'ku yang akan diduduki dalam tempoh 3 tahun ini. Cermin kat atas tu dah ditampal wallpaper background hitam. So rasa privacy lah sikit. Bilik ni dipenuhi para foreigner dari Iran. So kene cover la sikit. Sampai terfikir nak pasang pintu je kat cubicle ni. Pasang langsir pun ok juga kan. Cuma rasanya nak kene beli tikar/karpet utk alas bawah tu. Bukan apa, dah biasa bukak kasut, sampai kat sini pun nak bukak kasut. Sampai hitam la stokin kadang-kadang.

Mohon Cubicle di School of Civil Eng USM

Minggu kedua tu masih berulang alik ke USM sementara nak mencari rumah sewa. Sementara tu, proses permohonan cubicle pun bermula. Lepas activate kad matrik waktu register tu, dah kene mohon di pejabat school utk dapatkan cubicle. Sebab ramai jugak pemohon2 nya. Oleh tu, tunggu lepas Oathtaking Ceremony la baru nak dapat cubicle.

Dah dapat cubicle, rupa-rupanya bilik tu kene access guna kad matrik pulak. Ingat terus g PPKT utk aktifkan, sekali kene isi borang. Nak kene dapatkan sign En Zul Technician, SV dan Dean sebelum boleh activatekan di PPKT. Huh yang ni pun ambik masa 2-3 minggu jugakla.

Kehidupan sebagai pelajar

Bermula 4 September 2015, bermulalah hidupku sebagai seorang yang bergelar 'Pelajar' di USM Nibong Tebal. Even mendaftar tarikh 4 September, tarikh efektif sebagai pelajar tetap bermula pada 1 September 2015. Sebagai student research mode, tarikh efektif jika mendaftar sebelum 15 hb adalah 1 hb manakala jika mendaftar  selepas 15hb tarikh efektif adalah 1hb bulan berikutnya. Dapat no matrik pun cantik WD001515.

Proses mendaftar dimulakan di Bendahari di Bangunan Pentadbiran USM Kampus Kejuruteraan. Selepas disahkan bayaran biasiswa, barulah ke IPS USM bertempat di SERC. Dah siap semua tu, patah balik kat Bangunan Pentadbiran, ambil gambar buat kad matrik. Dah siap kad metrik yang tak sampai 15 minit pun, terus activate kad matrik di PPKT di depan School Awam. Ingat boleh terus je activate, sekali kene tinggal dulu. Petang baru ambil.

Mesej la pulak dengan SV nak bagitau dah register. Mula2 tak answer, dah plan nak pegi minum, sekali SV mesej bgtau dia ada di bilik. Apalagi, terus naik ke tingkat 4 jumpa SV. Nasib baik kat depan PPKT je. Dah siap tu, terus je pegi minum. Sebab dah janji dengan kawan nak pegi minum kat kafe USM. Kami pun pegi makan tengahari kat kafe.

Sebab hari Jumaat, rehat lama, kad matrik pun tak siap lagi, maka kami pun menuju ke Mydin Parit Buntar. Actually tak tahu jalan pun. Duk redah pusing 1 Parit Buntar, tuptup jumpa Mydin. Makan Burger pulak kat Marrybrown. Hmm my favorite niii. Lepas tu shopping barang dapur pulak kat Mydin (hmm sempat lagi tu)....

Tengok2 dah pukul 3. Terus ke USM semula ambil kad matrik. Dan kembali ke pangkal jalan ke Perlis. Singgah kejap Sg Petani hantar lauk beli kat Mydin tadi.

Saturday, 5 September 2015

Tawaran Hadiah Skim Latihan Adademik IPTA oleh KPT

Seperti post terdahulu, Surat Tawaran SLAI oleh KPT telah berjaya diterima pada 25 Ogos waktu berada di Putrajaya. Balik tu barulah boleh print semua-semua. Kene tunggu hari bekerja sebab sistem tutup waktu cuti. Cuti panjang pulak tu. Cuti merdeka! So Isnin (1/9/2015) barulah boleh bukak sistem dan print segala yang perlu diprint. Dan isikan segala borang tu. Masa diberi 14 hari dari Tarikh surat tawaran. Kalutlah jugak nak siapkan sebelum 4hb. Sebab last date 7hb (Isnin).

1. Surat Tawaran (kene buat 4 copy) - Pendaftar, Bendahari U, IPS, Sendiri
2. Perjanjian - 3 salinan original.
    Isi, cari sorang saksi. Sain ikut panduan mengisi perjanjian dan matikan Setem Hasil RM10 untuk   ketiga-tiga salinan. Yang ni buat kat LHDN unit duti setem. Sekejap je siap.

3. Medical check up. Yang ni kami buat di Pusat Kesihatan UniMAP. RM 100.50 untuk dokumen KPT dan USM. Buat sekaligus. Urin Test, Blood Test dan X-Ray.

4. Surat Setuju Terima
5. Surat Maklumat Bank - Bank Islam. Nasib baik dah bukak akaun Bank Islam tu.
6. Surat Elaun Penempatan -Kalau berpindah dengan keluarga > 25 km.
7. Maklumat Elaun, Syarat2, Rancangan 36 bulan untuk simpanan
8. PSD (Progress Report) yang perlu dihantar setiap 6 bulan.

Dah siap semua, bolehlah pos ke KPT Item 2-6.

Wednesday, 2 September 2015

Route to PhD: My Experience

Alhamdulillah, dipanjangkan umur untuk menghirup nafas di bumi Allah ini. Semoga perjalanan hidupku dipermudahkan.

Bercerita tentang PhD. Doctor of Philosophy aka Doktor Falsafah. Bak kata orang Permanent Head Damage. Cabaran untuk sampai ke peringkat ini memang banyak. Proses bermula sejak awal tahun lagi iaitu menghadiri Taklimat Cuti Belajar pada bulan Febuari. Lepas taklimat barulah semngat berkobar-kobar buat Research Proposal sambil2 mencari-cari SV yang related dengan bidang Environmental Engineering. Email punya email dapatlah respond dari SV yang dicari-cari dari USM Kampus Kejuruteraan.

Dah siap proposal yang tak seberapa, isilah pulak borang permohonan cuti belajar bawah Skim Pengajian Lanjutan Kakitangan Akademik (SPLKA) UniMAP (link) dan mohon untuk diperakukan oleh Dekan. Fuh alhamdulillah diperakukan. Sebab kalau ikutkan nak dapat lulus buat dalam negara punya payah. Dekan menggalakkan buat PhD di oversea sebab maklumlah dia sendiri pun lulusan PhD di US. Tetapi memikirkan parent and parent in law pun tak berapa sihat, ditambah En Suami yang taknak ikut, buat dalam Malaysia je la.

Dannn setelah menunggu beberapa bulan, dari bulan 3 tu, barulah keluar panggilan temuduga pada 8 Jun 2015 di Bangunan KWSP, UniMAP. Pagi tu ada Ujian Psikometrik. Interview petang. Ada jugak yang diinterview lepas ujian tu. Lepas interview, sebulan lepas tu dapatlah email dari bb.esp@moe.gov.my. Untuk memuatnaik dokumen untuk apply biasiswa. Dahlah cuti raya. Naik-naik kerja baru bukak email. Cuti seminggu pulak tu. Sementelah offer letter USM pun xdapat lagi. Lambar sikitlah urusannya. terlepas meeting 30 Julai. Masuk meeting Ogos pulak lah.

Bercerita tentang USM Online Application. Yang paling mencabar, time nak buat e-payment. Internet kat office ni dahlah slow sangat. 2 kali buat epayment tak lepas. Dahlah dah tolak duit (70 ringgit), bila tanya kat bank, dah successfull tp kat usm tak terima lagi. Stressss!!!!. Cubaan kali ke-3 barulah berjaya. Fuh lega. 29 Julai baru dapat offer letter USM. cepat-cepat upload kat esp kpm online. Still kene tunggu meeting KPM bulan Ogos. Menurut Afifi, 19 hb Ogos baru meeting.

Jeng jeng jeng.... lepas seminggu, 24hb Ogos dapatlah offer biasiswa KPM. Tapi time tengok offer tu  ada conference ICSAFEI 2015 kat UPM. So balik nanti baru  boleh print dan isi form n agreement semua tu. Tbc...




Friday, 7 August 2015

Geomatic Camp di KAMC, Yan, Kedah

Program Kejuruteraan Biosistem, UniMAP telah mengadakan Geomatic Camp selama 3 tahun berturut-turut di Kem Acheh Management Centre (KAMC), Yan Kedah. Ia dihadiri oleh pelajar-pelajar Tahun 2 yang mengambil subjek Geomatics Engineering. Kalau dulu di UTM semasa degree, kami mengambil subjek Survey. Survey Camp diadakan di Lumut, Perak. Nikmati pemandangan yang tenang di Kem KAMC, Yan. Yang selesanya di sini, sepanjang kem, kami boleh menggunakan semua kemudahan di sini. Dewan tertutupnya memang sangat selesa dan sejuk. Sesuai untuk aktiviti pelajar. Di waktu petang pula, pelajar-pelajar boleh bermandi-manda di sungai yang sangat bersih dan jernih airnya.







Antara aktiviti survey yang diadakan termasuklah Contour Map production dan GPS Tracking. Pelan kontor dilukis dan dibentangkan di akhir kem oleh pelajar-pelajar. Antara kaedah yang digunakan termasuk menggunakan autolevel, theodolite dan total station. Siapa yang dapat theodolite tu mmg menangisla sebab kene kira banyak. ahahaha. Bagi GPS Tracking pula, setiap kumpulan akan menggunakan GPS  untuk mencari waypoint yang telah ditetapkan dalam GPS masing-masing. Yang ni biasanya kalau benar-benar jujur tu, point orang takkan hilang. Selalu berlaku kehilangan pin@penanda sebab terambil orang lain punya. Selalunya bulan November ni cuaca tak menentu. Bila mendung, GPS pun kadangkala tak berapa accurate.

Tahun 2012
 

Tahun 2013
 

 Tahun 2014

Selain itu, ceramah motivasi juga diadakan dengan kerjasama RTS Tandop Marketing & Management iaitu diberikan oleh En Rizuan dari RTS Tandop. Yang penting sebenarnya daripada kem ni, untuk membentuk kerjasama kumpulan dan aplikasi apa yang telah dipelajari di UniMAP. Selain itu, untuk memberikan pelajar suasana lain sikit daripada suasana kampus.

Demikianla pengalaman Geomatic Camp di KAMC, Yan Kedah. Terima kasih Cikgu Ilyas (antara owner kem) yang pernah memberikan ceramah motivasi kepada students. Sampai terdiam semua bila Cikgu membaling gelas kaca hingga pecah di dalam dewan... haha. Pengalaman yang tak boleh lupa. Tak dilupakan kepada En Rizuan yang acapkali menguruskan penginapan kami dan ceramah motivasi kami. Biasanya kem dibuat 3 hari 2 malam, cuma tahun lepas (2014) buat 2 hari 1 malam kerana kekangan masa dan bajet. Terima kasih juga kepada pelajar2 yang sanggup mengeluarkan bajet sendiri utk menjayakan kem ni. Tak akan saya lupa kenangan itu semua. Walaupun pelbagai halangan, kita semua berjaya menjayakannya. Teaching partner Pn Samera dan semua pensyarah yang banyak menyokong. Love u all.


Ayat Seribu Dinar

Dijadikan amalan:

  1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
  2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
  3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.