Seperti post terdahulu, Surat Tawaran SLAI oleh KPT telah berjaya diterima pada 25 Ogos waktu berada di Putrajaya. Balik tu barulah boleh print semua-semua. Kene tunggu hari bekerja sebab sistem tutup waktu cuti. Cuti panjang pulak tu. Cuti merdeka! So Isnin (1/9/2015) barulah boleh bukak sistem dan print segala yang perlu diprint. Dan isikan segala borang tu. Masa diberi 14 hari dari Tarikh surat tawaran. Kalutlah jugak nak siapkan sebelum 4hb. Sebab last date 7hb (Isnin).
1. Surat Tawaran (kene buat 4 copy) - Pendaftar, Bendahari U, IPS, Sendiri
2. Perjanjian - 3 salinan original.
Isi, cari sorang saksi. Sain ikut panduan mengisi perjanjian dan matikan Setem Hasil RM10 untuk ketiga-tiga salinan. Yang ni buat kat LHDN unit duti setem. Sekejap je siap.
3. Medical check up. Yang ni kami buat di Pusat Kesihatan UniMAP. RM 100.50 untuk dokumen KPT dan USM. Buat sekaligus. Urin Test, Blood Test dan X-Ray.
4. Surat Setuju Terima
5. Surat Maklumat Bank - Bank Islam. Nasib baik dah bukak akaun Bank Islam tu.
6. Surat Elaun Penempatan -Kalau berpindah dengan keluarga > 25 km.
7. Maklumat Elaun, Syarat2, Rancangan 36 bulan untuk simpanan
8. PSD (Progress Report) yang perlu dihantar setiap 6 bulan.
Dah siap semua, bolehlah pos ke KPT Item 2-6.
No comments:
Post a Comment