Program Kejuruteraan Biosistem, UniMAP telah mengadakan Geomatic Camp selama 3 tahun berturut-turut di Kem Acheh Management Centre (KAMC), Yan Kedah. Ia dihadiri oleh pelajar-pelajar Tahun 2 yang mengambil subjek Geomatics Engineering. Kalau dulu di UTM semasa degree, kami mengambil subjek Survey. Survey Camp diadakan di Lumut, Perak. Nikmati pemandangan yang tenang di Kem KAMC, Yan. Yang selesanya di sini, sepanjang kem, kami boleh menggunakan semua kemudahan di sini. Dewan tertutupnya memang sangat selesa dan sejuk. Sesuai untuk aktiviti pelajar. Di waktu petang pula, pelajar-pelajar boleh bermandi-manda di sungai yang sangat bersih dan jernih airnya.
Antara aktiviti survey yang diadakan termasuklah Contour Map production dan GPS Tracking. Pelan kontor dilukis dan dibentangkan di akhir kem oleh pelajar-pelajar. Antara kaedah yang digunakan termasuk menggunakan autolevel, theodolite dan total station. Siapa yang dapat theodolite tu mmg menangisla sebab kene kira banyak. ahahaha. Bagi GPS Tracking pula, setiap kumpulan akan menggunakan GPS untuk mencari waypoint yang telah ditetapkan dalam GPS masing-masing. Yang ni biasanya kalau benar-benar jujur tu, point orang takkan hilang. Selalu berlaku kehilangan pin@penanda sebab terambil orang lain punya. Selalunya bulan November ni cuaca tak menentu. Bila mendung, GPS pun kadangkala tak berapa accurate.
Tahun 2012
Tahun 2014
Selain itu, ceramah motivasi juga diadakan dengan kerjasama RTS Tandop Marketing & Management iaitu diberikan oleh En Rizuan dari RTS Tandop. Yang penting sebenarnya daripada kem ni, untuk membentuk kerjasama kumpulan dan aplikasi apa yang telah dipelajari di UniMAP. Selain itu, untuk memberikan pelajar suasana lain sikit daripada suasana kampus.
Demikianla pengalaman Geomatic Camp di KAMC, Yan Kedah. Terima kasih Cikgu Ilyas (antara owner kem) yang pernah memberikan ceramah motivasi kepada students. Sampai terdiam semua bila Cikgu membaling gelas kaca hingga pecah di dalam dewan... haha. Pengalaman yang tak boleh lupa. Tak dilupakan kepada En Rizuan yang acapkali menguruskan penginapan kami dan ceramah motivasi kami. Biasanya kem dibuat 3 hari 2 malam, cuma tahun lepas (2014) buat 2 hari 1 malam kerana kekangan masa dan bajet. Terima kasih juga kepada pelajar2 yang sanggup mengeluarkan bajet sendiri utk menjayakan kem ni. Tak akan saya lupa kenangan itu semua. Walaupun pelbagai halangan, kita semua berjaya menjayakannya. Teaching partner Pn Samera dan semua pensyarah yang banyak menyokong. Love u all.
No comments:
Post a Comment